Pada zaman sekarang internet sudah menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Jika dulu internet hanya digunakn untuk mencari maklumat sahaja. Kini penggunaanya lebih meluas termasuk bersosial, membaca berita, maklumat cuaca, menonton movie dan banyak lagi yang boleh dilakukan dengan internet.
Namun, semuanya bukanlah boleh didapati dengan percuma. Terutamanya pemilik smartphone yang terpaksa melanggan plan data untuk melayari internet yang agak terhad penggunaan datanya. Namun, kita boleh menjimatkan penggunaan data dengan beberapa langkah seperti dibawah.
Setkan Limit Penggunaan Data Pada smartphone.
Setkan Limit Penggunaan Data Pada smartphone.
Jika anda perasan pada telefon pintar anda terdapat satu fungsi khas yang boleh setkan limit penggunaan data anda. Dari situ kita boleh mengatahui berapa banyak penggunaan dan lebih berhati-hati apabila berada di paras amaran. Namun sesetengah smartphone Android tidak memiliki fungsi tersebut. Walaupon begitu, terdapat pelbagai aplikasi Android yang boleh digunakan seperti My Data Manager yang boleh di Download secara percuma.
Matikan Aplikasi Yang Menggunakan Internet Tanpa Kita Sedari.
Pelbagai aplikasi seperti aplikasi cuaca, Google play, Aplikasi sosial dan sebagainya akan sentiasa mencapai internet tanpa kita sedari bagi mengemaskini maklumat terkini pada smartphone kita. Fungsi ini dapat dimatikan dan hanya berfungsi sekiranya terdapat sambungan Wifi. Caranya dengan pergi di bahagian Setting, Data Usage dan hidupkan Restrict Background Data dengan menekan butang tiga titik pada bahagian atas.
Kurangkan Menonton Video Online Ketika Menggunakan Data.
Menonton video di YouTube atau sebagainya adalah punca terbesar mengapa data internet kita tidak mencukupi. Cuba elakan menonton Youtube menggubakan data internet. Sekiranya terpaksa anda boleh matikan fungsi Video HD di Youtube. Caranya dengan pergi di bahagian Setting pada YouTube, General dan Hidupkan Limit Mobile Data Usage.
Kurangkan Penggunaan Data Internet di Chrome.
Selain YouTube, Google Chrome juga merupakan aplikasi yang menggunakan banyak Data Internet untuk melayari laman web dan sebagainya. Google telah menyediakan satu fungsi khas di Chrome untuk jimatkan data anda. Anda hanya perlu pergi di bahagian Setting pada Chrome dan hidupkan fungsi Reduce Data Usage. Menurut Google, fungsi ini akan menjadikan saiz halaman web yang anda layari akan menjadi lebih kecil.
Akses Kepada Wifi Sekiranya Ada.
Anda tidak perlu menbuka data internet anda 24 jam sehari. Terdapat banyak tempat-tempat yang menawarkan Wifi percuma termasuk di tempat kerja, kedai makan, tempat-tempat awam dan banyak lagi. Pastikan anda sentiasa kepada Wifi berbanding data Internet sekiranya ada .














